Sebab-Sebab Loan Kena Reject Oleh Bank

SEBAB SEBAB LOAN KENA REJECT OLEH BANK….!!!

  1. Commitment tinggi
  2. Exposure tinggi
  3. Tidak ada pendapatan tetap
  4. Kerja sebagai KontrakĀ 
  5. Masalah Ccris

Commitment tinggi maksud ada banyak hutang hutang dengan bank seperti hutang personal loan,kereta dan kad kredit.Installment yang kena bayar kepada bank setiap bulan dah lebih 70% daripada pendapatan bulanan. Jadi bank akan reject pinjaman perumahan anda.

Exposure tinggi adalah bermaksud semua hutang anda dengan sebuah bank sahaja .Contoh Ali suka bank harimau semua hutang Ali adalah dengan Bank harimau.Jumlah hutang Ali berjuta juta dengan bank harimau, Kalau Ali nak buat pinjaman lagi dengan bank harimau kemungkinan besar kena reject sebab dah high exposure . Dari segi pandangan bank rasa agak risiko sebab semua hutang Ali dengan bank harimau ,kalau apa apa berlaku kepada Ali. Bank yang kena tanggung risiko.

Tidak ada pendapatan tetap, kalau anda tidak ada pendapatan tetap agak sukar bagi bank untuk luluskan pinjaman anda. Kalau awak boleh tunjukan bank awak ada slip gaji setiap bulan ada pendapatan yang tetap ,bank akan terima pemohonan anda.

Kerja sebagai kontrak. Bagi sesiapa yang kerja kontrak seperti 1 tahun agak susah nak dapatkan pinjaman. Bagi sesiapa yang kerja kontrak jangan beritahu bank jenis pekerjaaan awak adalah kontrak kalau pihak bank tidak tanya. Kalau bank tidak tanya biasanya pinjaman boleh lepas. Kalau dalam slip gaji awak ada tulis ” kontrak” biasanya bank akan reject pinjaman anda.

Masalah Ccris , kalau ccris rekod cantik, commitment tidak tinggi biasanya bank akan luluskan pinjaman, bank nak luluskan pinjaman seseorang akan rujuk kepada rekod dalam ccris report. Kalau anda tidak pernah ambil ccris report,boleh dapatkan report ini dari Bank Negara Malaysia secara percuma atau boleh dapat dari Apps yang kena bayar.

Selamat Belajar
Financial Coach
Mr Tee

Nak Tips Power
Hartanah & Kewangan?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak Tips Power
Hartanah & Kewangan?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.