Kelayakan Untuk Pinjaman Perumahan

Kelayakan Loan

Selamat sejahtera, Hari ini saya nak kongsikan sedikit ilmu banking macam mana tahu kelayakan pinjaman rumah seseorang.

Saya percaya kawan kawan FB saya dah ramai orang tahu kira kelayakan diri sendiri, tapi ada juga ramai orang masih tidak tahu, terutamanya orang muda yang masih belum beli rumah.Sebelum anda nak kira berapa kelayakan pinjaman, anda perlu ada info pendapatan & commitment .

Pendapatan adalah bermaksud gaji bersih dalam slip gaji, termasuk bonus, side income, business income .Commitment adalah bermaksud hutang hutang dengan bank yang anda sedia ada, termasuk:

  • Pinjaman rumah 
  • Pinjaman kereta
  • Hutang kad kredit 
  • Personal loan 
  • PTPTN
  • ASB loan

Sebagai contoh Ali pendapatan gaji bersih adalah RM 3200 sebulan . Pada masa yang sama Ali ada commitment kereta & personal loan. Setiap bulan installment kereta adalah RM 500 dan personal loan installment RM 400.Jadi di sini kita dah dapat info gaji & commitment Ali.

Kiraan DBR

Total commitment RM900(RM 500+RM400)/gajiRM3200 x 100=
DBR =28.125%
.
DBR Ali sekarang adalah 28.125%, jadi Ali macam mana nak tahu berapa kelayakan dia? Ikut bank di malaysia maximun
DBR boleh sampai 70% ( secara conservative).
.
DBR Ali 28.125%, bank maximun 70%
=70%- 28.125%=41.87%
41.87%x gaji barsih Ali RM 3200= RM 1340.
—————————————————–

RM1340 adalah max installment Ali untuk pinjaman rumah, agak agak dengan installment RM 1340 ,Ali boleh loan sebanyak RM 270K, maksudnya boleh beli sebuah rumah berharga RM 300K..

Selamat belajar

Financial Coach

Mr Tee

Nak Tips Power
Hartanah & Kewangan?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak Tips Power
Hartanah & Kewangan?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.