Cara Beli Hartanah Ke-3 dengan Downpayment Yang Minimum

Cara Beli Hartanah Ke-3 dengan Downpayment Yang Minimum

Semalam ramai kawan FB saya minta saya kongsi ilmu tentang cara beli hartanah ke 3 dengan gunakan modal yang minimum, setahu kita apabila kita beli rumah pertama pinjaman boleh sampai 90% margin of finance, rumah ke 2 sama juga,.

Apabila nak beli rumah ke 3, ramai orang akan stuck ,sebab rumah ke 3 bank cuma bagi pinjaman 70% , maksudnya kita kena keluarkan downpayment sebanyak 30%. Contoh harga rumah RM 300,000 x 30% =RM 90,000.Jadi kita ada apa apa jalan untuk selesaikan masalah ini?

CARA #1

Ramai orang akan stuck dalam beli rumah ke 3, sebab pinjaman cuma 70%, Ingat ini cuma apply untuk rumah kediaman sahaja, seperti apartment, condominium, double storey .Maksudnya kalau awak sudah ada 2 buah apartment pinjaman dengan bank, kalau beli hartanah ke 3 jenis rumah kediaman, pinjaman awak adalah 70%.Tapi awak ada pilihan, kalau awak beli hartanah ke 3 adalah jenis komersial seperti, kedai, office, SOVO,,SOFO pinjaman awak boleh sampai 80-85%.

Ramai orang beli 2 buah hartanah jenis rumah kediaman, hartanah ke 3 mereka akan pilih hartanah komersial, supaya dapatkan pinjaman yang lebih tinggi.Semasa kita beli hartanah nak tahu hartanah ini adakah hartanah kediaman atau hartanah komersial, awak perlu check dengan pemaju, kalau hartanah adalah under HDA ( housing development Act) rumah ini akan dapat 90% pinjaman, kalau hartanah adalah non HDA biasanya pinjaman dapat 80-85%.

Hartanah under HDA dalam ccris akan rekod sebagai pinjaman perumahan ( housing loan), kalau hartanah non HDA dalam ccris akan rekod sebagai pembiayaan lain lain( other financing) tapi pinjaman ini dalam ccris adalah code 10, code 10 maksud ini adalah hartanah.

Biasanya hartanah under HDA adalah rumah kediaman,condo, apartment, soho, double storey dan lain lain . Hartanah non HDA adalah hartanah komersial seperti office, shop lot, SOFO,SOVO.

CARA #2

Kalau sudah ada 2 buah hartanah kediaman, rumah ke 3 masih nak beli hartanah kediaman macam mana nak kurangkan down payment sebanyak 30%?

Kita boleh pilih buat top up loan, maksudnya kita gunakan hartanah yang pertama dan hartanah kedua buat top up loan dengan bank yang sama.

Contoh Ali beli rumah pertama pada tahun 2010 dengan harga RM100K buat pinjaman dengan bank A, Pada tahun 2013 Ali beli rumah kedua harga RM 200K buat pinjaman dengan bank B.

Hari ini market value rumah pertama adalah RM 300K, dan market value rumah ke 2 adalah RM350k, Ali ingin beli rumah ke 3 jenis rumah kediaman under HDA, jadi pinjaman Ali max 70% margin of finance, Ali boleh buat top up loan rumah pertama dan rumah ke 2 dengan bank yang sama,

Maksudnya Ali boleh top up 10% cash out daripada rumah pertama dengan bank A sebab market value sudah naik.Sama juga cara untuk rumah ke 2. Jadi Ali boleh dapat 20% cash out melalui top up loan, apabila Ali nak beli rumah ke 3 cuma keluarkan 10% sahaja( baki 20% dapat daripada top up).

Kenapa gunakan top up loan? sebab top up loan cepat dan fees peguam lebih murah berbanding dengan refinance,Kalau rumah freehold buat top up loan dalam 2 minggu boleh dapat cash out.(sebab top up loan adalah gunakan bank yang sama).Tapi ada satu keburukan apabila awak gunakan top up loan, sebab bank cuma bagi tempoh 10 tahun bayar balik untuk bahagian top up.Kalau buat RM 40,000 top up loan setiap bulan kena bayar RM468 setiap bulan.

Terpulang kepada anda mana satu cara nak gunakan untuk beli hartanah ke 3 dengan minimum down payment, hari ini saya kongsi 2 cara dulu.

Selamat belajar

Nak Tips Power
Hartanah & Kewangan?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak Tips Power
Hartanah & Kewangan?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.